top of page
puterinurfarah

Media Sosial Boleh Menyebabkan Gangguan Emosi.

Saat ini kita hidup di era media sosial. Di mana setiap individu pasti mempunyai akaun Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Mengikut sejumlah kajian, kita menghabiskan lebih kurang dua jam setiap hari menggunakan media sosial. Memang, berinteraksi di media sosial menjadi hiburan bagi kita di tengah rutin harian yang padat. Tetapi, beberapa kajian juga menghubungkan penggunaan media sosial yang berpanjangan dengan kesihatan mental penggunanya, seperti kemurungan, kecemasan dan harga diri yang rendah.


Media sosial adalah tempat di mana setiap orang boleh berkongsi maklumat dan berkomunikasi dengan rakan-rakan. Maka, ketika kita melihat foto rakan-rakan kita bersenang-senang, ia melahirkan sejenis kebimbangan sosial iaitu FOMO (Fear Of Missing Out). FOMO adalah fenomena yang baru, telah ditakrifkan oleh Andrew Przybylski dan rakan-rakannya di University of Essex dalam kajiannya "kebimbangan terhadap ketika orang lain bergembira dan kita tidak gembira". Hasil kajian oleh Przybylski dan rakan-rakannya menunjukkan bahawa FOMO dikaitkan dengan penurunan kepuasan hidup dan peningkatan keperluan untuk menjelajah media sosial. Menurut kaji selidik #StatusOfMind baru-baru ini sekitar 1,500 remaja dan dewasa yang diterbitkan oleh Royal Society for Public Health United Kingdom, Instagram, platform media sosial berasaskan foto, sangat dikaitkan dengan FOMO.


Seterusnya, media sosial juga sering memaparkan imej diri yang tidak realistik, yang tidak mungkin dicapai. Maka, cara kita melihat orang lain bertindak di media sosial mula memberi kesan kepada cara kita berperilaku di dunia nyata. Di mana kita mulai merasa tidak mencukupi ketika melihat diri kita dan secara semulajadi kita akan membuat perbandingan diri dengan orang  lain. Ahli psikologi juga telah menemui bukti kukuh yang menghubungkan penggunaan media sosial kepada imej badan negatif dan gangguan pemakanan.


Berhubung dengan itu, media sosial juga mewujudkan kecemburuan media sosial. Di buktikan dengan, satu kajian yang dilakukan tahun lepas oleh Kaspersky Lab menunjukkan bahawa semakin ramai orang menggunakan media sosial, semakin cemburu mereka terhadap rakan sebaya mereka. Menurut kajian itu, hampir 60 peratus peserta berkata mereka melihat sekurang-kurangnya seorang sahabat yang mempunyai kehidupan yang lebih baik daripada mereka yang hanya berdasarkan kehadiran media sosial mereka, dan hampir separuh daripada mereka berkata mereka telah kecewa selepas melihat foto kehidupan temannya.


Begitu besar pengaruh media sosial dalam kehidupan masa kini. Tetapi tidak dinafikan, media sosial juga mempunyai banyak manfaat bagi kehidupan kita dan media sosial mempengaruhi setiap orang secara berbeza, tergantung kepada kepribadian individu itu tersendiri. Namun, dalam segala hal juga, sekiranya menggunakan sesuatu itu secara berlebihan dan tidak berhati-hati, ia dapat menyebabkan kesan negatif kepada pengguna. Maka, jangan biarkan ­media sosial lepas bebas mengawal hidup kita dan marilah kita mencari cara yang lebih sihat dalam menggunakan peluang ini.

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page